::::.Pembahagian CINTA


Menurut al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah di dalam kitabnya al-Jawab al-Kafi Liman Sa'ala 'An al-Dawa al-Shaafi, bahawa cinta itu dapat dibahagikan kepada 4 bahagian. Orang yang tidak dapat membezakan keempat-empat cinta berkenaan, maka boleh mengakibatkan kesesatan.

  • Mencintai Allah ‘Azza wa Jalla, yakni cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla, Rabb sekalian alam, yang telah menciptakan dan menguruskan segala makhluknya. Tuhan yang disembah dan tiada ada tuhan selain daripada-Nya. Mencintai Allah ‘Azza wa Jalla sahaja tidak cukup untuk menyelamatkan seseorang itu daripada seksa dan azab atau pun untuk mendapatkan pahala daripada-Nya, ini kerana orang-orang musyrik, penyembah berhala, Yahudi, Nasrani dan lain-lainnya juga mencintai Allah ‘Azza wa Jalla.
  • Mencintai apa yang dicintai Allah ‘Azza wa Jalla. Inilah cinta yang memasukkan seseorang itu kepada daerah iman dan Islam, iaitu dengan mencintai apa yang dicintai oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Apabila cinta ini bersemayam di dalam hati seseorang maka ianya akan menggerakkan seseorang itu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dan menjauhi segala yang dilarang-Nya, kerana perkara yang dilarang itu dibenci oleh Allah ‘Azza wa Jalla.
  • Mencintai kerana Allah ‘Azza wa Jalla. Mencintai sesuatu bukan kerana Allah ‘Azza wa Jalla adalah satu kesyirikkan yang nyata. Tiada satu perkara pun yang berhak dicintai, melainkan mestilah diniatkan kerana Allah ‘Azza wa Jalla. Meskipun begitu, cinta kerana Allah ‘Azza wa Jalla ini hanya terhad kepada perkara yang diredhai-Nya sahaja, dan mestilah berlandaskan syariat Islam.
  • Mencintai sesuatu bersama Allah ‘Azza wa Jalla. Cinta ini adalah cinta yang membinasakan dan merosakkan kerana ianya adalah satu kesyirikan, lantaran mencintai sesuatu sebanding dengan cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Akibatnya seseorang itu akan mentaati selain Allah ‘Azza wa Jalla, sebagaimana ia mentaati Allah ‘Azza wa Jalla. Dan lebih teruk lagi, apabila cinta kepada selain Allah ‘Azza wa Jalla itu lebih tinggi daripada cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Na’uzubilla..

0 Comments:

Post a Comment