::.Pengarah Tarik Kenyataan


BARANGKALI kejutan terhadap Peraturan Asrama 1981 yang memungkinkan satu tindakan undang-undang dilakukan, Pengarah JPMK, Prof Madya Dr. Jamil Hashim hari ini menarik semula kenyataan untuk mengeluarkan penghuni daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).

Tindakan bijak ini sekaligus menutup kebimbangan yang sedang berlaku terhadap penghuni ARMA. Walaubagaimanapun, kita tidak akan berdiam diri selagi mahasiswa kita ditindas untuk keluar daripada bangunan tersebut. Saya mencadangkan semua penghuni menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan perlu sentiasa memikirkan langkah terbaik untuk menjadi mahasiswa cemerlang di bumi Mesir. Penghuni telah diminta untuk mengisi dua borang yang disediakan oleh pihak jabatan. Kedua-dua borang tersebut boleh diserahkan pada atau sebelum 15 Ogos 2009. Walaubagaimanapun, tindakan untuk mengeluarkan penghuni mungkin dilakukan tetapi masih belum dapat kepastian daripada pihak jabatan berkenaan tarikhnya.


Berikut Adalah Mesej daripada Dr Jamil:

JPMK sangat prihatin dengan permasalahan yang dikemukakan penghuni semalam. Semua boleh tinggal di DMAK tapi semua peraturan perlu dipatuhi. Tk.

Dan ini pula kemungkinan kata-kata dari pihak yang berkaitan:

Restoran makan berdekatan:Alhamdulilah nasib bek dak2 arma tak jd kua,tak dela bankrupt kedai aku..

Pakcik2 yang bkerja:sambung lagi nampaknya contract aku bekerja di sini..bagus2...

Jadi pada pelajar2 arma,syukur ler korang dpt duk lagi kat situ,just tumpukan stdy korang utk mnjadi pelajar cemerlang dunia akhirat..sekian wsalam..

0 Comments:

Post a Comment