::.Lelaki Pakai Inai


Menurut Syekih Dr Yusof Qardhawi,imam Syafie ra mengatakan bahawa memakai inai bagi lelaki adalah haram,melainkan bagi tujuan perubatan,kerana ia menyerupai wanita yang dilarang oleh syara'.Sebagaimana hadis shahih Allah s.w.t melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita.

Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa ulama' bersetuju lelaki memakai inai di janggut dan rambut(di kepala).Inai dijari tidak dibenarkan kerana menyerupai wanita..

Memakai inai dijari merupakan perhiasan kaum wanita,kenapa pula lelaki ingin memakainya?kaum lelaki digalakkan memakai inai di janggut dan rambutnya.Hukum lelaki menggunakan inai samalah hukum lelaki meniru2 kaum wanita...

wassalam..

0 Comments:

Post a Comment