::.Apa terjadi pada Quran di hari Qiamat?


Pada hari qiamat, Al-Quran menjadi syafaat kepada ahlinya, dan banyak hadis menunjukkan perkara ini. Antaranya:

Hadis Abu Umamah r.a. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه

Maksudnya: “Bacalah Quran, kerana sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada ahli-ahlinya”.
Direkod oleh Muslim (no: 804).

- Malah, ketika ahli Quran memasuki syurga, mereka membaca Quran dan setiap ayat yang dibaca akan ditambah satu darjat, sebagaimana tersebut dalam hadis:

يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِى الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا

Maksudnya: “Dikatakan kepada ahli Quran: Bacalah, dan naiklah (ke darjat-darjat syurga). Dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya dengar tartil di dunia. Maka sesungguhnya kedudukan kamu ialah di akhir ayat yang kamu baca”.
Direkod oleh Abu Daud (no: 1466), Tirmizi (no: 2914). Katanya: “Hadis Hasan Sahih”. Dinilai sahih juga oleh Hakim dalam Mustadrak (no: 2030) dan Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 766).

- Perkahabaran ini menunjukkan, Al-Quran akan menjadi syafaat kepada ahli Quran, iaitu mereka yang membacanya dengan baik, menghafalnya, dan beramal dengannya. Dan mereka juga membaca Al-Quran di dalam Syurga, dan bacaan mereka umpama zikir bagi para Malaikat, iaitu yang tidak menyibukkan mereka daripada kelazatan nikmat syurga. (Aunul Ma’bud 4/237)

Wallahu A’lam.

0 Comments:

Post a Comment