
Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk..Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri&ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
p/s: actually,ini hny apa yang terlintas fikiran saya,so kalau ada salah silap,hrp mtk maaf erk...just for fun=)

Salam buat semua kawan ex-smip@pelajar smip sekarang di mana jua antum berada,harap sihat2 sume,skang ni mgkin ada yg dh berumahtangga,masih belaja,atau yang sdg bkerja..moga2 kenangan kita bersama dapat dkenang kembali dan dpt mengerat silaturrahim yg kian lama tidak dpertemukan terutama bg pelajar2 yg mnuntut di luar negara..
Di sini saya nak tolong promote blog smip yang baru dbuat oleh ydp baru kita Mohd Faizal bin Eshak serta penolongnya Laila Farhana bte Awang Bakar..tahniah pada mereka berdua kerana dpt mbina satu blog yang bertemakan"Bersama Memartabatkan Ukhuwahfillah".Moga2 dapat mengumpul semula pelajar2 smip yg berkurun lama tidak menampakkn dirinya(termasukla sy sendiri)untuk bertemu menguatkan lagi ukhwah yg telah kita sama2 jalinkn bberapa tahun yg lalu..
*attach gambar2 terbaru prgram d smip..selamat melihat....
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke
seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org
jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah
terlalu lewat.Dan usia 35 tahun
belum apa2 kalau sepanjang usia
itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh
asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa
lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat
ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan
itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya
apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa
pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti
untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga
biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan
jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh
di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang
dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan
bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab
ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul
untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya,
tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin
tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang
terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal
melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri
tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu
untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum
bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia
untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan
tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang
benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi
yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan
Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh
usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun
perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah
sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..Allah nk hadiahkan kita pelangi.."

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."Kala Jengking Neraka di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
>Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
>Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
>Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
>Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
>Kelima, orang yang suka minum arak."Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah
BARANGKALI kejutan terhadap Peraturan Asrama 1981 yang memungkinkan satu tindakan undang-undang dilakukan, Pengarah JPMK, Prof Madya Dr. Jamil Hashim hari ini menarik semula kenyataan untuk mengeluarkan penghuni daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).
Tindakan bijak ini sekaligus menutup kebimbangan yang sedang berlaku terhadap penghuni ARMA. Walaubagaimanapun, kita tidak akan berdiam diri selagi mahasiswa kita ditindas untuk keluar daripada bangunan tersebut. Saya mencadangkan semua penghuni menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan perlu sentiasa memikirkan langkah terbaik untuk menjadi mahasiswa cemerlang di bumi Mesir. Penghuni telah diminta untuk mengisi dua borang yang disediakan oleh pihak jabatan. Kedua-dua borang tersebut boleh diserahkan pada atau sebelum 15 Ogos 2009. Walaubagaimanapun, tindakan untuk mengeluarkan penghuni mungkin dilakukan tetapi masih belum dapat kepastian daripada pihak jabatan berkenaan tarikhnya.
Berikut Adalah Mesej daripada Dr Jamil:
JPMK sangat prihatin dengan permasalahan yang dikemukakan penghuni semalam. Semua boleh tinggal di DMAK tapi semua peraturan perlu dipatuhi. Tk.
Dan ini pula kemungkinan kata-kata dari pihak yang berkaitan:
Restoran makan berdekatan:Alhamdulilah nasib bek dak2 arma tak jd kua,tak dela bankrupt kedai aku..
Pakcik2 yang bkerja:sambung lagi nampaknya contract aku bekerja di sini..bagus2...
Jadi pada pelajar2 arma,syukur ler korang dpt duk lagi kat situ,just tumpukan stdy korang utk mnjadi pelajar cemerlang dunia akhirat..sekian wsalam..

Salam takziah buat sahabat kita,Redhuwan Othman,pelajar tahun 4,di Tanta,Mesir bidang syariah islamiah,atas pemergian ibunya pada hari rabu bersamaan 1 julai 2009..ibunya sebelum ni mengalami penyakit kencing manis..selama bberapa tahun menghadapinya dengan begitu tabah,akhirnya ibunya menghembuskan nafas terakhir pada malam hari tersebut...
Saya dapat tahu dari sahabat beliau,ibu beliau sebelum ni sakit tenat akibat kencing manis dengan matanya terbuka serta otak yang tidak berfungsi..Allah lebih menyayanginya..beliau sekarang sudah berada di Malaysia..Walau tidak pernah bersua dengan ibu beliau,tapi sebagai rakan2 marilah sama2 kita sedekah al-fatihah kepada ibu nya..semoga rohnya bersama dengan org2 yang beriman,insyaallah.....AL_FATIHAH...
*attach gambar Redhuan Othman@wan O songkok sweater hijau bersama rakan2...gambar aku pn ada terselit,hehe..

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam bahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti..dan paling PENTING kebersihannya....takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...
Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan......Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah
MENGANDUNG......
Maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut......kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri
dijangkiti virus tikus yg kotor itu...
Moral of the story......
*NAK BELI TU CHECK DULU EXPIRED DATE..
*MAKE SURE YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANG SILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...
*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK
TERJADI
**ATTACHED ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...

Mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV.Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap&didakwa,tapi apa gunanya,beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.Jadi sila berhati-hati...Ingat tu sume!!Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih..antaranya....
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut,ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir.Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur&kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang.Sila pastikan kerusi yg anda duduki.Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk..Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive'.
Doktor telah memeriksa jarum tersebut&mengesahkan ianya terdapat virus HIV.Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati...
4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling...mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalam Burger King,pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad.Ianya seperti sos.Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain.Ini adalah nyawa anda.Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai,anak anda dan sesiapa saja....terima kasih=)
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


