ANAK MURID SAYA ^^




Dalam Kelas... mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat... sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid2...

USTAZ: minggu depan kita akan belajar tajuk baru...jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti..

MURID2 : Orait ustaz!

Mingu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah?

Ramai Murid2 yang mengangkat tangan..ustaz pun tersenyum... lalu berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah...

MURID2 : Betul ustaz...kami baca..

USTAZ : cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... mana ada ayat 287..
harini kita akan belajar tajuk baru... dosa-dosa menipu ...

MURID2 : alamak... kantoi kita..


Subject: Benarkah makan daging unta akan membatalkan wuduk?

Salam ustaz,


Saya ingin mendapatkan kepastian ustaz mengenai isu batal atau tidak wuduk dengan sebab memakan daging unta ini? Adakah terdapat dalil-dalil mengenai perkara tersebut.? Apa sebab batal wuduk dengan sebab makan daging unta? Adakah hukum tersebut masih diteruskan sehingga kini?

Di harap ustaz dapat memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut. Saya faham apabila ustaz ada menjelaskan kepada saya bahawa ustaz agak sibuk akhir2 ini. Harap ustaz dapat membalas email saya ini bila ustaz ada kelapangan nanti..

Jawapan :

Sebenarnya dalam mazhab Syafie hanya lima perkara sahaja yang membatalkan wudhuk seseorang, antaranya adalah:

1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
2. Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
5. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.

Sesetengahnya menambahkan bahawa murtad membatalkan wudhuk bagi Syafie.

Mengenai persoalan akhie itu (makan daging unta batal wudhuk) adalah batal wudhuk bagi mazhab Hambali; ini berdasarkan hadis Jabir bin Samurah r.a, beliau berkata:

Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Adakah kami perlu memperbaharui wudhu’ apabila memakan daging kambing? Jawab baginda: Jika kamu mahu, berwudhu’lah. Jika sebaliknja, tidak mengapa. Ditanya lagi: Adakah kami perlu berwudhu’ apabila memakan daging unta? Jawab baginda: Ya. Berwudhu’lah apabila memakan daging unta. Ditanya lagi: Bolehkah kami solat di kandang kambing? Jawab baginda: Boleh. Ditanya lagi: Bolehkah kami solat di kandang unta? Jawab baginda: Tidak. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)


Rumusannya;

Makan daging unta itu membatalkan wudhuk pada sisi Imam Ahmad atau mazhab Hambali sahaja.

Adapun di sisi mazhab-mazhab yang lain (Imam Malik, Syafi’ie dan Abu Hanifah), ia (makan daging unta) tidaklah membatalkan wudhuk. Berkenaan hadis tadi, mereka menjawab; maksud wudhuk di dalam hadis tadi ialah membasuh tangan dan mulut untuk tujuan kebersihan. Ini sebagaimana hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Nabi meminum susu. Kemudian baginda meminta air, lalu berkumur dan berkata; ‘Sesungguhnya ia berlemak’”. (Riwayat Imam Muslim).

Akhie boleh beramal dengan mazhab Syafie dan perkara yang membatalkan wudhuk pada Syafie hanya 5 perkara sahaja.

Wallahu A'lam!!!

Menonton wayang yang halal


SYARAT-SYARAT

Dr Yusuf qardawi telah menggariskan 3 syarat untuk mengharuskan melihat cerita di panggung wayang, pentas teater dan seumpamanya.

Pertama: Hendaklah isi cerita tersebut tidak ada perkara yang mempunyai unsur-unsur sex, kejahatan dan semua perkara yang menyalahi syariat dan adab-adab Islam.

Cerita-cerita yang menaikkan syahwat, menggalakkan untuk membuat dosa, merangsang jenayah, membawa pemikiran yang menyeleweng dan mempunyai unsur2 akidah yang sesat adalah haram dilihat oleh orang Islam

Kedua: Tidak menyebabkan terlalai dari mengerjakan kewajipan agama, terutamanya kewajipan solat. Firman Allah swt :

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,

الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,

4 dan 5 surah al-Ma’un

Ketiga: Tidak berlaku pergeselan diantara penonton lelaki perempuan dan tidak ada percampuran yang mendorong kepada maksiat. Ini bagi mengelakkan maksiat dan menjauhkan dari fitnah. Lebih-lebih lagi menonton dalam gelap. Nabi saw bersabda:

لِأَنْ يُطْعَنَ فِيْ رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِْخَيطٍ مِنْ حَدِيْدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمُسَّ اِمْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ

“ Ditusuk di kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”

Hadis riwayat al-Baihaiqi dan at-Thabrani dengan sanad yang sahih.

MELIHAT AURAT DIKACA TV

Hukum melihat aurat dikaca tv adalah diharuskan menurut fatwa dari ulama Azhar, fatwa lajnah fatwa ulama Kuwait dan ulama-ulama yang lain. Ianya disayaratkan dengan syarat tidak menimbulkan fitnah seperti merangsang nafsu atau terpautnya hati. Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj disebut pengharusan melihat aurat imej wanita dalam air atau dalam cermin selagi tidak ditakuti fitnah (tarikan).

Namun ada juga mengharamkannya seperti ulama Saudi dan Dr Taufik Ramadan al-Bouti.


Mayat yang meninggalkan hutang puasa wajib


Puasa wajib disini samada puasa ramadan, nazar atau kaffarah.

Orang yang mati dan tidak sempat mengantikan puasa yang ditinggalnya ada dua keadan:


Keadaan pertama:

Dia mati sebelum sempat puasa samada samaada masa yang sempit (cthnya mati sehari selepas bulan Ramadan), atau ada masa tetapi ada sebab yang menghalangnya seperti sakit, musafir dan sebagainya. Kebanyakan ulama mengatakan tidak dikenakan apa-apa kepadanya.

Ada pendapat segelintir ulama seperti Tawus dan Qatadah menyatakan wajib fidyah makanan seperti orang yang tua tidak berpuasa kerana tidak larat untuk puasa.

Keadaan kedua:

Dia mati dalam keadaan dia sempat dan mampu untuk menggantikan puasa sebelum mati. Disini ada dua pendapat ulama:

Pendapat pertama:

Puasa itu tidak boleh digantikan dengan puasa orang yang hidup. Ia hanya dikenakan denda makanan bagi setiap hari yang ditinggalkan. Ini adalah pendapat Kebanyakan ulama.

Fidyahnya adalah setengah gantang gandum bagi mazhab Hanafi dan satu cupak (600 gram) makanan asasi bagi sesebuah negeri menurut pendapat kebanyakan ulama termasuk mazhab syafie. Kita boleh mengikut mazhab Hanafi yang mengharuskan bayaran dengan nilai makanan tersebut.

Dalil pendapat jumhur:

Nabi saw bersabda:

من مات وعليه صيام شهر فليطعم عنه مكان كل يوم مسكينا

“ Sesiapa yang mati dan masih ada puasa wajiib (qada atau nazar) yang dia tidak lakukannya maka hendaklah dia beri makan kepada orang miskin bagi setiap hari.”

Hadis riwayat Ibnu Majah. Tirmizi berkata: “Sanad yang sahihnya adalah ia hadis mauquf Ibnu Umar (kata-katanya).”

Pendapat kedua:

Digantikan dengan puasa. Ini adalah pendapat Abu Thaur, mazhab Syafie dan Ibnu Taimiah.

Dalil pendapat jumhur:

من مات وعليه صيام من رمضان صام عنه وليه

“Sesiapa yang mati dan masih belum mengqada puasa ramadannya maka hendaklah warisnya yang berpuasa untuknya.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Seorang lelaki berjumpa dengan Rasulullah saw , lalu dia berkata:

“Ya Rasulullah sesungguhnya ibuku telah mati dan dia ada berhutang puasa sebulan puasa. Adakah aku perlu mengqadakan puasanya?”

Rasulullah saw menjawab:

نعم فدين الله أحق أن يقضى

“Ya, hutang Allah lebih patut untuk dibayar.” (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Pendapat yang kuat

Para saudara mara si mati boleh memilih diantara dua. Sekiranya tiada yang berpuasa maka wajib dikeluarkan bayaran fidyah. Imam Nawawi berkata:

“Pendapat yang benar adalah boleh puasa dan boleh bayar fidyah makanan (mesti pilih salah satu). Wali hendaklah memilih salah satu daripadanya. Maksud kepada wali adalah saudara mara samaada asobah (orang yang mengambil baki harta warisan), pewaris harta pusaka atau saudara yang bukan asobah dan pewaris.”

Orang yang bukan saudara boleh berpuasa dengan izin pewaris ^^

:::.Keputihan



Keputihan: Air campuran dr peluh dan mazi di faraj wanita.(Imam Nawawi-Majmuk)

Hukumnya:


1.Bersih dan tidak membatalkan wuduk; sekiranya dlm keadaan tidak bersyahwat.

2. Najis dan membatalkan wuduk sekiranya dlm keadaan bersyahwat seperti sedang bercumbu dgn suami.

3, Najis dan membatalkan wuduk sekiranya keluar dr bahagian dlm faraj.

Bahagian dlm faraj: Apa yg tak kelihatan sewaktu perempuan itu duduk mencangkung.

Bahgian luar faraj: Apa yg kelihatan apabila perempuan itu duduk mencangkung.

Air Mazi: Air yg putih yg cair yg keluar ketika syahwat yg belum memuncak.

Hukumnya; Najis dan membatalkan wuduk.

Air wadi: Air putih yg likat yg keluar selepas kencing atau mengangkat benda yg berat.

HUkumnya: Najis dan membatalkan wuduk.

Peringatan: Wuduk tak batal melainkan berlakunya perkara yg membatalkan wuduk dgn yakin. Adapun jika ragu2, rase2, macam2 ; maka tak batal wuduk ^^

::::.Dilema Memilih Jodoh


Banyak soalan berkaitan dgn memilih jodoh. Jadi sy tulis berkenaan dgn tajuk ini seperti yg digariskan oleh Islam.

Memilih Jodoh adalah dituntut oleh Islam.
Nabi s.a.w bersabda:
"Hendaklah kamu memilih tempat hendak salurkan air mani kamu(isteri)."(Ibnu Majah dan Baihaqi-sahih)

Ciri utama yg perlu ada pada pasangan adalah yg elok akhlak dan agamanya
seperti Nabi s.a.w sebut:

"Maka beruntunglah org yg memilih wanita yg beragama."(Bukhari dan Muslim)
"Apabila datang seorang lelaki yg elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dgn dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yg besar akan berlaku."(Hr Tirmizi-hasan sahih) Ciri2 isteri yg solehah adalah sepertimana Nabi sebut: "Aku hendak memberitahu kepadamu sesuatu yg perlu dimiliki oleh seorang lelaki ialah wanita yg solehah.

Apabila suaminya pandang dia akan rase gembira, bila suaminya suruh dia akan patuh dan bila suaminya keluar dia akan jaga harta dan maruah suaminya
."(Hr Abu Daud)
Seeloknya hendaklah seorang lelaki itu memilih anak dara. Jabir brkata: "Aku berkahwin dgn seorang wanita; lalu aku berjumpa dgn Nabi s.a.w. Nabi s.a.w bertanya "Adakah engkau sudah berkahwin?" Aku menjawab "Ya" Nabi bertanya "Dara atau janda?" Aku menjawab "Janda" Nabi s.aw bersabda "Kenapa kamu tidak memilih anak dara yg mana kamu berseronok dgn dia dan dia berseronok dgnmu."(Hr Muslim) Lelaki juga hendaklah memilih wanita yg penyayang dan banyak melahirkan anak. Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu berkahwin dgn wanita yg boleh melahirkan banyak anak dan wanita yg penyayang. Maka sesungguhnya aku berbangga dgn banyaknya ummatku"(Hr Abu Daud)

Disunatkan lelaki yg hendak mengahwini seseorang wanita itu melihat muka dan dua tapak tangan.
Seorang lelaki memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia nak kahwin. Rasulullah bertanya "Adakah engkau sudah melihatnya?" Lelaki itu menjawab "Belum" Lalu Nabi s.a.w bersabda "Pergilah engkau melihatnya."(Hr Muslim)
Imam Nawawi berkata: Sesungguhnya diharuskan melihat ke muka dan tapak tangan sahaja kerana keduanya bukan aurat dan juga kerana muka menunjukkan kecantikan atau sebaliknya; manakala tapak tangan menunjukkan kepada kesuburan tubuh atau sebaliknya.
Ulama mazhab Syafie berkata: sekiranya tidak mampu melihatnya maka disunatkan supaya menghantar seorang wanita yg dipercayai untk melihat wanita yg hendak dikahwini dan memberitahunya. Perkara ini seeloknya sebelum pertunangan.
seloknya menghantar seseorang utk merisik pasangan sperti mana Nabi s.a.w menghantar Ummu Sulaim utk merisik seorang wanita. (Hr Ahmad dan Hakim-sahih) Seeloknya minta tolong dan berbincang dgn org Alim dan soleh mengenai nak memilih jodoh seperti mana Nabi s.a.w telah meminang wanita Ansar bg pihak JUlaibib.(Hr Ahmad-sahih) Nabi s.a.w telah memberitahu kepada Fatimah binti qis apabila dia dipinang oleh Muawiyah, Abul Jaham dan Usamah bin Zaid "Adapun Muawiyah adalah lelaki yg faqir takde duit, Abu Jaham pula seorang yg banyak memukul wanita dan Usamah la yg perlu engkau pilih." Fatimah berkata "Aku berkahwin dgn Usamah dan aku amat bergembira bersamanya."(Hr Ahmad)

Cubalah pilih yg terbaik mengikut ape yg Islam telah gariskan. Bincangla dgn baik dgn org2 yg dipercayai, guru, org alim dan Ibu Bapa. Bnykkan Istikhoroh dan solat hajat. Mudah2an mendapat pasangan yg terbaik.

:::.Ayat Pelembut Hati


Ada dua soalan di inbox facebook tentang masalah berkaitan pasangan suami isteri yang tidak sehaluan dalam kehidupan seharian. Dalam mslh ni mmg agak berat nak dihadapi. Walaupun saya belum berumahtangga, tapi melihat pengalaman org lain byk beri ilmu pengetahuan pada diri ni. Malah kawan sendiri mengalami mslh yg sama.

Manusia ni terdiri dari pelbagai ragam. Masing2 ada karenah tersendiri. Hati manusia ni terlalu sukar nak kita fahami. Cuma Allah yg tahu tahap mana keikhlasan hati sesorg. Cuba berfikiran terbuka dan anggap semua yg berlaku adalah ujianNYA.

Fahami ayat2 dlm Surah Insyirah ayat 5 & 6 "فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ـ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا “tiap2 kesusahan, akan ada kesenangan”. Jgn terlalu sedih sehingga urusan lain terjejas. Cuba jadikan amalan membaca Surah Yasin setiap hari selepas solat subuh, insyaAllah sepanjang hari akan dipermudahkan segala urusan kita oleh Allah. Jadikan bacaan Yasin selepas solat subuh sebagai amalan rutin setiap hari. InsyaAllah, dengan izin Allah akan berlaku perubahan yg lbh baik.

Kemudian bacalah ayat ini :

ّقُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali Imran : Ayat 31).

Seeloknya hafal dlm bahasa arab sbb kita kena ikut adab2 semasa berdoa. Doa yg diambil terus dlm Quran, tak boleh dirumikan, kena baca dlm bahasa arab, sbb ayat2 dlm Quran adalah ayat2 Allah, bukan ciptaan manusia yg boleh ditukar2 bahasa. Byk lagi doa yg kita blh amalkan, semua ada dlm Quran. Rujuklah Quran selalu.

Kemudian bacalah Surah Yusuf Ayat 4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَّّ
Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّي وَعَدُوٌّ لَّهُ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:Setiap kali bertemu atau bersua dengan suami, bacalah kedua ayat ini.
Tidak perlu berdepan dengan suami lantas membaca dengan kuat, mencukupi dengan membaca dalam hati apabila bertemu ^^

Tiada mslh berlanjutan sehingga berakhirnya hayat kita. Semua ada penghujungnya, itulah juga ujian keatas kita di dunia ni. Dunia ni tak panjang, pejam-celik dah bertukar hari. Jadikanlah hidup singkat kita ni dgn kebahagiaan yg kita cipta sendiri walau sekeliling kita penuh dgn ranjau dan duri.....ma'assalamah ^^

:::.Alangkah bahagianya wanita...


ini adalah diantara kelebihan wanita yg diberi oleh Islam...

1. Syurga sesiapa yg menjaga wanita dgn baik.
Nabi bersabda:
Sesiapa yg mempunyai 3 orng saudara perempuan, 2 orng anak perempuan atau 2 org saudara perempuan dan dia menyemai adab2 yg baik pd mereka, mengelokkan hubungan dgn mereka dan mengahwinkan mereka maka ganjarannya adalah syurga. (HR Abu Daud, Tirmizi dll)

Nabi juga bersabda:

من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة، أنا وهو كهاتين ،وضم أصابعه
Maksudnya:Sesiapa yg menjaga dua org anak perempuan sehingga mereka baligh maka dia akan datang di hari kiamat dan hubungan aku dengannya seumpama dua jari ni. Lalu baginda merapatkn jari jemarinya. (HR MUslim)

2. Larangan berkeras pd wanita.
Nabi bersabda:
لا تكرهو النساء فإنها المؤنسات الغاليات

Maksudnya: Janganlah kamu memaksa wanita maka sesungguhnya mereka adalah penghibur hati yg tinggi harganya. (HR THabrani).

bersabar dan bertindak dgn cara elok bila berhadapan dgn karenah mereka..

3. Menghiasi mereka dgn perhiasan.
Nabi bersabda:
Hendaklah kamu kahwinkan anak2 laki dan perempuan kamu. Hiasilah anak2 perempuanmu dgn emas dan perak. Berilah pakaian yg elok pd mereka. Berilah mahar yg baik pd mereka untuk menggalakkan mereka berkahwin. (HR Dailami)

4. Berkomunikasi dgn wanita dgn cara yg baik

استوصوا بالنساء،فإن المرأة خلقت من ضلع، وأن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وإن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا

Maksudnya: Berpesanlah2 pd wanita..Maka sesungguhnya wanita dicipta dr tulang rusuk, Sesungguhnya tulang rusuk yg plng bengkok adalah yg plng atas. Mk sekiranya kamu cuba berkeras meluruskan tulang tersebut ia akan patah, jika kamu biarkan maka dia akan terus bengkok, berpesan2lah pd wanita dgn cara yg baik.(HR Bukhari dan MUslim)

Nabi bersabda: Sesipa yg memuliakan wanita maka dia org mulia, sesipa yg menghina wanita dia org yg hina. (HR Ibnu Asakir)

oleh tu pd lelaki sekalian (termasuklah diriku) hendaklah kamu berkomunikasi dgn wanita (ketika perlu) dgn cara yg baik. jgn berkasar pd mereka dan terimalah maaf dr mereka..

5. Dicintai oleh Nabi s.a.w
Nabi bersabda:

حبب إلي من دنياكم: النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة
Maksudnya: Perkara yg kusukai di dunia ni adalah wanita, wangian dan dijadikan penyejuk hati di dalam solat.(HR Nasai)

Ni menunjukkan taraf yg tinggi yg diberikan Islam pd wanita.

Dialah peneman waktu bersendirian..
penghibur waktu kesedihan..
peringan beban2 dan kesusahan..

pengelak dr membuat maksiat pd tuhan..

penambah semngat utk buat ketaatan..

penguat semangat ketika dlm kelemahan..

pembantu dlm perjuangan..

penyelesai bg segala permasahan..

penampung bg kekurangan..

penegur ketika lakukan kesalahan..

dialah anugerah tuhan
puisiku untk insan yg brgelar wanita ^^


MUKADDIMAH

Dalam inbox facebook ada pertanyaan yang berkait dengan hukum mengucapkan selamat hari raya bagi perayaan orang kafir kepada orang-orang kafir. Soalannya adalah seperti berikut:

assalamulaikum saye ingin bertanye 2 soklan pertama bolehkah kite wish hapy depavali atau pun marry crismas

Untuk menjawab persoalan ini, dr Yusuf Qardawi telah menjawab dalam bukunya (sila lihat rujukan). saya akan mengambil sebahgian dari apa yang telah beliau kemukakan sebagai jawapan pada persoalan ini

HUBUNGAN ORANG KAFIR DENGAN ORANG BERIMAN

Hubungan muslim dengan orang kafir adalah hubungan yang baik selagi mana orang kafir tersebut tidak memusuhi dan menganiya orang Islam. Ini jelas dari apa yang Allah gariskan dalam ayat berikut:

"Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tempat tinggal kamu. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil." (8 : Mumtahanah)

Asma' bintu Abu Bakr telah datang berjumpa dengan Rasulullah saw , bertanya kepada baginda:

"Ya Rasulullah , sesungguhnya ibu ku yang masih kafir telah datang untuk menghubungi silatur rahim denganku, adakah aku boleh menghubungi silatur rahim dengannya?" Nabi saw menjawab :

صلي أمك

" Hubungi silatur rahim dengan ibu mu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan Islam tidak menghalang hubungan baik diantara muslim dan non muslim.

Nabi saw bersabda:

اتق الله حيث ما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن

" Bertakwalah kamu di mana kamu berada, ikuti perbuatan jahat kamu dengan perbuatan yang baik pasti akan dihapuskan dosa perbuatan jahat itu dan hendaklah kamu berakhlak bersama manusia dengan akhlak yang baik." (Hr Tirmizi dan Ahmad - hadis bersanad hasan)

Nabi saw menyebut perkataan manusia bukannya orang Islam atau orang yang beriman. Ini menunjukkan bahawa kebaikan itu hendaklah diberikan kepada semua manusia.

Sebahgian orang yahudi telah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw dan mengucapkan:

السام عليك (kematian untuk mu)

Aisyah mendengar ucapan mereka, lantas menjawab:

وعليكم السام واللعنة يا أعداء الله (Untukmu kematian dan laknat wahai musuh-musuh Allah)

Nabi saw mencela Aisyah terhadap apa yang telah diucapkan. Aisyah pun berkata:

"Ya Rasulullah saw, Adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?"

Baginda saw menjawab:

يا عائشة الله يحب الرفق في الأمر كله

"Wahai Aisyah, Allah cinta kepada kelembutan pada semua perkara." (Hadis Bukhari dan Muslim)

FATWA DR YUSUF AL-QARDAWI

Berdasarkan hujjah dan dalil yang lepas , Prof Dr Yusuf Qardawi telah berkata:

"Oleh kerana itu , Tidak ada tegahan kepada induvidu atau Kesatuan Islam untuk memberi ucapan tahniah sempena perayaan orang-orang kafir , samaada dengan mulut atau dengan kad. Selagi mana tidak mengandungi ucapan-ucapan berbentuk keagamaan yang bertentang dengan dasar-dasar Islam seperti mengakui Nabi Isa disalib. Ini kerana agama Islam menafikan perkara ini. Firman Allah swt:

"Dan mereka tidak membunuh Nabi Isa dan tidak menyalibnya tetapi yang dibunuh dan disalib adalah orang serupa mukanya dengan Nabi Isa a.s." (156 : an-Nisa)

Ucapan-ucapan yang biasa sempena hari raya orang kafir dan tidak mengandungi lafaz yang mengakui atau meredai agama mereka adalah ucapan sopan santun sesama manusia.

Tidak dilarang untuk menerima hadiah daripada mereka dan membalas hadiah mereka. Nabi saw menerima hadiah dari orang kafir seperti Muqauqis pembesar qibti di mesir dan lain-lain.

KESIMPULAN

Terdapat ulama yang melarang ucapan seumpama ini seperti ulama arab saudi. Oleh itu kita perlu berlapang dada dan tidak fanatik dengan mana-mana pendapat. Kita perlu bersatu dari segi fikiran dan kerja untuk menghadapi orang-orang kafir yang memerangi umat Islam. Kadang-kadang saya hairan, kita saling memboikot sesama muslim tetapi selamba membeli barangan buatan kafir yang memerangi umat Islam. Fikirkanlah... ^^

;;