Menonton wayang yang halal


SYARAT-SYARAT

Dr Yusuf qardawi telah menggariskan 3 syarat untuk mengharuskan melihat cerita di panggung wayang, pentas teater dan seumpamanya.

Pertama: Hendaklah isi cerita tersebut tidak ada perkara yang mempunyai unsur-unsur sex, kejahatan dan semua perkara yang menyalahi syariat dan adab-adab Islam.

Cerita-cerita yang menaikkan syahwat, menggalakkan untuk membuat dosa, merangsang jenayah, membawa pemikiran yang menyeleweng dan mempunyai unsur2 akidah yang sesat adalah haram dilihat oleh orang Islam

Kedua: Tidak menyebabkan terlalai dari mengerjakan kewajipan agama, terutamanya kewajipan solat. Firman Allah swt :

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,

الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,

4 dan 5 surah al-Ma’un

Ketiga: Tidak berlaku pergeselan diantara penonton lelaki perempuan dan tidak ada percampuran yang mendorong kepada maksiat. Ini bagi mengelakkan maksiat dan menjauhkan dari fitnah. Lebih-lebih lagi menonton dalam gelap. Nabi saw bersabda:

لِأَنْ يُطْعَنَ فِيْ رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِْخَيطٍ مِنْ حَدِيْدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمُسَّ اِمْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ

“ Ditusuk di kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”

Hadis riwayat al-Baihaiqi dan at-Thabrani dengan sanad yang sahih.

MELIHAT AURAT DIKACA TV

Hukum melihat aurat dikaca tv adalah diharuskan menurut fatwa dari ulama Azhar, fatwa lajnah fatwa ulama Kuwait dan ulama-ulama yang lain. Ianya disayaratkan dengan syarat tidak menimbulkan fitnah seperti merangsang nafsu atau terpautnya hati. Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj disebut pengharusan melihat aurat imej wanita dalam air atau dalam cermin selagi tidak ditakuti fitnah (tarikan).

Namun ada juga mengharamkannya seperti ulama Saudi dan Dr Taufik Ramadan al-Bouti.


Mayat yang meninggalkan hutang puasa wajib


Puasa wajib disini samada puasa ramadan, nazar atau kaffarah.

Orang yang mati dan tidak sempat mengantikan puasa yang ditinggalnya ada dua keadan:


Keadaan pertama:

Dia mati sebelum sempat puasa samada samaada masa yang sempit (cthnya mati sehari selepas bulan Ramadan), atau ada masa tetapi ada sebab yang menghalangnya seperti sakit, musafir dan sebagainya. Kebanyakan ulama mengatakan tidak dikenakan apa-apa kepadanya.

Ada pendapat segelintir ulama seperti Tawus dan Qatadah menyatakan wajib fidyah makanan seperti orang yang tua tidak berpuasa kerana tidak larat untuk puasa.

Keadaan kedua:

Dia mati dalam keadaan dia sempat dan mampu untuk menggantikan puasa sebelum mati. Disini ada dua pendapat ulama:

Pendapat pertama:

Puasa itu tidak boleh digantikan dengan puasa orang yang hidup. Ia hanya dikenakan denda makanan bagi setiap hari yang ditinggalkan. Ini adalah pendapat Kebanyakan ulama.

Fidyahnya adalah setengah gantang gandum bagi mazhab Hanafi dan satu cupak (600 gram) makanan asasi bagi sesebuah negeri menurut pendapat kebanyakan ulama termasuk mazhab syafie. Kita boleh mengikut mazhab Hanafi yang mengharuskan bayaran dengan nilai makanan tersebut.

Dalil pendapat jumhur:

Nabi saw bersabda:

من مات وعليه صيام شهر فليطعم عنه مكان كل يوم مسكينا

“ Sesiapa yang mati dan masih ada puasa wajiib (qada atau nazar) yang dia tidak lakukannya maka hendaklah dia beri makan kepada orang miskin bagi setiap hari.”

Hadis riwayat Ibnu Majah. Tirmizi berkata: “Sanad yang sahihnya adalah ia hadis mauquf Ibnu Umar (kata-katanya).”

Pendapat kedua:

Digantikan dengan puasa. Ini adalah pendapat Abu Thaur, mazhab Syafie dan Ibnu Taimiah.

Dalil pendapat jumhur:

من مات وعليه صيام من رمضان صام عنه وليه

“Sesiapa yang mati dan masih belum mengqada puasa ramadannya maka hendaklah warisnya yang berpuasa untuknya.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Seorang lelaki berjumpa dengan Rasulullah saw , lalu dia berkata:

“Ya Rasulullah sesungguhnya ibuku telah mati dan dia ada berhutang puasa sebulan puasa. Adakah aku perlu mengqadakan puasanya?”

Rasulullah saw menjawab:

نعم فدين الله أحق أن يقضى

“Ya, hutang Allah lebih patut untuk dibayar.” (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Pendapat yang kuat

Para saudara mara si mati boleh memilih diantara dua. Sekiranya tiada yang berpuasa maka wajib dikeluarkan bayaran fidyah. Imam Nawawi berkata:

“Pendapat yang benar adalah boleh puasa dan boleh bayar fidyah makanan (mesti pilih salah satu). Wali hendaklah memilih salah satu daripadanya. Maksud kepada wali adalah saudara mara samaada asobah (orang yang mengambil baki harta warisan), pewaris harta pusaka atau saudara yang bukan asobah dan pewaris.”

Orang yang bukan saudara boleh berpuasa dengan izin pewaris ^^

:::.Keputihan



Keputihan: Air campuran dr peluh dan mazi di faraj wanita.(Imam Nawawi-Majmuk)

Hukumnya:


1.Bersih dan tidak membatalkan wuduk; sekiranya dlm keadaan tidak bersyahwat.

2. Najis dan membatalkan wuduk sekiranya dlm keadaan bersyahwat seperti sedang bercumbu dgn suami.

3, Najis dan membatalkan wuduk sekiranya keluar dr bahagian dlm faraj.

Bahagian dlm faraj: Apa yg tak kelihatan sewaktu perempuan itu duduk mencangkung.

Bahgian luar faraj: Apa yg kelihatan apabila perempuan itu duduk mencangkung.

Air Mazi: Air yg putih yg cair yg keluar ketika syahwat yg belum memuncak.

Hukumnya; Najis dan membatalkan wuduk.

Air wadi: Air putih yg likat yg keluar selepas kencing atau mengangkat benda yg berat.

HUkumnya: Najis dan membatalkan wuduk.

Peringatan: Wuduk tak batal melainkan berlakunya perkara yg membatalkan wuduk dgn yakin. Adapun jika ragu2, rase2, macam2 ; maka tak batal wuduk ^^

;;