::::.Dilema Memilih Jodoh


Banyak soalan berkaitan dgn memilih jodoh. Jadi sy tulis berkenaan dgn tajuk ini seperti yg digariskan oleh Islam.

Memilih Jodoh adalah dituntut oleh Islam.
Nabi s.a.w bersabda:
"Hendaklah kamu memilih tempat hendak salurkan air mani kamu(isteri)."(Ibnu Majah dan Baihaqi-sahih)

Ciri utama yg perlu ada pada pasangan adalah yg elok akhlak dan agamanya
seperti Nabi s.a.w sebut:

"Maka beruntunglah org yg memilih wanita yg beragama."(Bukhari dan Muslim)
"Apabila datang seorang lelaki yg elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dgn dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yg besar akan berlaku."(Hr Tirmizi-hasan sahih) Ciri2 isteri yg solehah adalah sepertimana Nabi sebut: "Aku hendak memberitahu kepadamu sesuatu yg perlu dimiliki oleh seorang lelaki ialah wanita yg solehah.

Apabila suaminya pandang dia akan rase gembira, bila suaminya suruh dia akan patuh dan bila suaminya keluar dia akan jaga harta dan maruah suaminya
."(Hr Abu Daud)
Seeloknya hendaklah seorang lelaki itu memilih anak dara. Jabir brkata: "Aku berkahwin dgn seorang wanita; lalu aku berjumpa dgn Nabi s.a.w. Nabi s.a.w bertanya "Adakah engkau sudah berkahwin?" Aku menjawab "Ya" Nabi bertanya "Dara atau janda?" Aku menjawab "Janda" Nabi s.aw bersabda "Kenapa kamu tidak memilih anak dara yg mana kamu berseronok dgn dia dan dia berseronok dgnmu."(Hr Muslim) Lelaki juga hendaklah memilih wanita yg penyayang dan banyak melahirkan anak. Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu berkahwin dgn wanita yg boleh melahirkan banyak anak dan wanita yg penyayang. Maka sesungguhnya aku berbangga dgn banyaknya ummatku"(Hr Abu Daud)

Disunatkan lelaki yg hendak mengahwini seseorang wanita itu melihat muka dan dua tapak tangan.
Seorang lelaki memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia nak kahwin. Rasulullah bertanya "Adakah engkau sudah melihatnya?" Lelaki itu menjawab "Belum" Lalu Nabi s.a.w bersabda "Pergilah engkau melihatnya."(Hr Muslim)
Imam Nawawi berkata: Sesungguhnya diharuskan melihat ke muka dan tapak tangan sahaja kerana keduanya bukan aurat dan juga kerana muka menunjukkan kecantikan atau sebaliknya; manakala tapak tangan menunjukkan kepada kesuburan tubuh atau sebaliknya.
Ulama mazhab Syafie berkata: sekiranya tidak mampu melihatnya maka disunatkan supaya menghantar seorang wanita yg dipercayai untk melihat wanita yg hendak dikahwini dan memberitahunya. Perkara ini seeloknya sebelum pertunangan.
seloknya menghantar seseorang utk merisik pasangan sperti mana Nabi s.a.w menghantar Ummu Sulaim utk merisik seorang wanita. (Hr Ahmad dan Hakim-sahih) Seeloknya minta tolong dan berbincang dgn org Alim dan soleh mengenai nak memilih jodoh seperti mana Nabi s.a.w telah meminang wanita Ansar bg pihak JUlaibib.(Hr Ahmad-sahih) Nabi s.a.w telah memberitahu kepada Fatimah binti qis apabila dia dipinang oleh Muawiyah, Abul Jaham dan Usamah bin Zaid "Adapun Muawiyah adalah lelaki yg faqir takde duit, Abu Jaham pula seorang yg banyak memukul wanita dan Usamah la yg perlu engkau pilih." Fatimah berkata "Aku berkahwin dgn Usamah dan aku amat bergembira bersamanya."(Hr Ahmad)

Cubalah pilih yg terbaik mengikut ape yg Islam telah gariskan. Bincangla dgn baik dgn org2 yg dipercayai, guru, org alim dan Ibu Bapa. Bnykkan Istikhoroh dan solat hajat. Mudah2an mendapat pasangan yg terbaik.

:::.Ayat Pelembut Hati


Ada dua soalan di inbox facebook tentang masalah berkaitan pasangan suami isteri yang tidak sehaluan dalam kehidupan seharian. Dalam mslh ni mmg agak berat nak dihadapi. Walaupun saya belum berumahtangga, tapi melihat pengalaman org lain byk beri ilmu pengetahuan pada diri ni. Malah kawan sendiri mengalami mslh yg sama.

Manusia ni terdiri dari pelbagai ragam. Masing2 ada karenah tersendiri. Hati manusia ni terlalu sukar nak kita fahami. Cuma Allah yg tahu tahap mana keikhlasan hati sesorg. Cuba berfikiran terbuka dan anggap semua yg berlaku adalah ujianNYA.

Fahami ayat2 dlm Surah Insyirah ayat 5 & 6 "فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ـ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا “tiap2 kesusahan, akan ada kesenangan”. Jgn terlalu sedih sehingga urusan lain terjejas. Cuba jadikan amalan membaca Surah Yasin setiap hari selepas solat subuh, insyaAllah sepanjang hari akan dipermudahkan segala urusan kita oleh Allah. Jadikan bacaan Yasin selepas solat subuh sebagai amalan rutin setiap hari. InsyaAllah, dengan izin Allah akan berlaku perubahan yg lbh baik.

Kemudian bacalah ayat ini :

ّقُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali Imran : Ayat 31).

Seeloknya hafal dlm bahasa arab sbb kita kena ikut adab2 semasa berdoa. Doa yg diambil terus dlm Quran, tak boleh dirumikan, kena baca dlm bahasa arab, sbb ayat2 dlm Quran adalah ayat2 Allah, bukan ciptaan manusia yg boleh ditukar2 bahasa. Byk lagi doa yg kita blh amalkan, semua ada dlm Quran. Rujuklah Quran selalu.

Kemudian bacalah Surah Yusuf Ayat 4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَّّ
Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّي وَعَدُوٌّ لَّهُ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:Setiap kali bertemu atau bersua dengan suami, bacalah kedua ayat ini.
Tidak perlu berdepan dengan suami lantas membaca dengan kuat, mencukupi dengan membaca dalam hati apabila bertemu ^^

Tiada mslh berlanjutan sehingga berakhirnya hayat kita. Semua ada penghujungnya, itulah juga ujian keatas kita di dunia ni. Dunia ni tak panjang, pejam-celik dah bertukar hari. Jadikanlah hidup singkat kita ni dgn kebahagiaan yg kita cipta sendiri walau sekeliling kita penuh dgn ranjau dan duri.....ma'assalamah ^^

:::.Alangkah bahagianya wanita...


ini adalah diantara kelebihan wanita yg diberi oleh Islam...

1. Syurga sesiapa yg menjaga wanita dgn baik.
Nabi bersabda:
Sesiapa yg mempunyai 3 orng saudara perempuan, 2 orng anak perempuan atau 2 org saudara perempuan dan dia menyemai adab2 yg baik pd mereka, mengelokkan hubungan dgn mereka dan mengahwinkan mereka maka ganjarannya adalah syurga. (HR Abu Daud, Tirmizi dll)

Nabi juga bersabda:

من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة، أنا وهو كهاتين ،وضم أصابعه
Maksudnya:Sesiapa yg menjaga dua org anak perempuan sehingga mereka baligh maka dia akan datang di hari kiamat dan hubungan aku dengannya seumpama dua jari ni. Lalu baginda merapatkn jari jemarinya. (HR MUslim)

2. Larangan berkeras pd wanita.
Nabi bersabda:
لا تكرهو النساء فإنها المؤنسات الغاليات

Maksudnya: Janganlah kamu memaksa wanita maka sesungguhnya mereka adalah penghibur hati yg tinggi harganya. (HR THabrani).

bersabar dan bertindak dgn cara elok bila berhadapan dgn karenah mereka..

3. Menghiasi mereka dgn perhiasan.
Nabi bersabda:
Hendaklah kamu kahwinkan anak2 laki dan perempuan kamu. Hiasilah anak2 perempuanmu dgn emas dan perak. Berilah pakaian yg elok pd mereka. Berilah mahar yg baik pd mereka untuk menggalakkan mereka berkahwin. (HR Dailami)

4. Berkomunikasi dgn wanita dgn cara yg baik

استوصوا بالنساء،فإن المرأة خلقت من ضلع، وأن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وإن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا

Maksudnya: Berpesanlah2 pd wanita..Maka sesungguhnya wanita dicipta dr tulang rusuk, Sesungguhnya tulang rusuk yg plng bengkok adalah yg plng atas. Mk sekiranya kamu cuba berkeras meluruskan tulang tersebut ia akan patah, jika kamu biarkan maka dia akan terus bengkok, berpesan2lah pd wanita dgn cara yg baik.(HR Bukhari dan MUslim)

Nabi bersabda: Sesipa yg memuliakan wanita maka dia org mulia, sesipa yg menghina wanita dia org yg hina. (HR Ibnu Asakir)

oleh tu pd lelaki sekalian (termasuklah diriku) hendaklah kamu berkomunikasi dgn wanita (ketika perlu) dgn cara yg baik. jgn berkasar pd mereka dan terimalah maaf dr mereka..

5. Dicintai oleh Nabi s.a.w
Nabi bersabda:

حبب إلي من دنياكم: النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة
Maksudnya: Perkara yg kusukai di dunia ni adalah wanita, wangian dan dijadikan penyejuk hati di dalam solat.(HR Nasai)

Ni menunjukkan taraf yg tinggi yg diberikan Islam pd wanita.

Dialah peneman waktu bersendirian..
penghibur waktu kesedihan..
peringan beban2 dan kesusahan..

pengelak dr membuat maksiat pd tuhan..

penambah semngat utk buat ketaatan..

penguat semangat ketika dlm kelemahan..

pembantu dlm perjuangan..

penyelesai bg segala permasahan..

penampung bg kekurangan..

penegur ketika lakukan kesalahan..

dialah anugerah tuhan
puisiku untk insan yg brgelar wanita ^^


MUKADDIMAH

Dalam inbox facebook ada pertanyaan yang berkait dengan hukum mengucapkan selamat hari raya bagi perayaan orang kafir kepada orang-orang kafir. Soalannya adalah seperti berikut:

assalamulaikum saye ingin bertanye 2 soklan pertama bolehkah kite wish hapy depavali atau pun marry crismas

Untuk menjawab persoalan ini, dr Yusuf Qardawi telah menjawab dalam bukunya (sila lihat rujukan). saya akan mengambil sebahgian dari apa yang telah beliau kemukakan sebagai jawapan pada persoalan ini

HUBUNGAN ORANG KAFIR DENGAN ORANG BERIMAN

Hubungan muslim dengan orang kafir adalah hubungan yang baik selagi mana orang kafir tersebut tidak memusuhi dan menganiya orang Islam. Ini jelas dari apa yang Allah gariskan dalam ayat berikut:

"Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tempat tinggal kamu. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil." (8 : Mumtahanah)

Asma' bintu Abu Bakr telah datang berjumpa dengan Rasulullah saw , bertanya kepada baginda:

"Ya Rasulullah , sesungguhnya ibu ku yang masih kafir telah datang untuk menghubungi silatur rahim denganku, adakah aku boleh menghubungi silatur rahim dengannya?" Nabi saw menjawab :

صلي أمك

" Hubungi silatur rahim dengan ibu mu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan Islam tidak menghalang hubungan baik diantara muslim dan non muslim.

Nabi saw bersabda:

اتق الله حيث ما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن

" Bertakwalah kamu di mana kamu berada, ikuti perbuatan jahat kamu dengan perbuatan yang baik pasti akan dihapuskan dosa perbuatan jahat itu dan hendaklah kamu berakhlak bersama manusia dengan akhlak yang baik." (Hr Tirmizi dan Ahmad - hadis bersanad hasan)

Nabi saw menyebut perkataan manusia bukannya orang Islam atau orang yang beriman. Ini menunjukkan bahawa kebaikan itu hendaklah diberikan kepada semua manusia.

Sebahgian orang yahudi telah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw dan mengucapkan:

السام عليك (kematian untuk mu)

Aisyah mendengar ucapan mereka, lantas menjawab:

وعليكم السام واللعنة يا أعداء الله (Untukmu kematian dan laknat wahai musuh-musuh Allah)

Nabi saw mencela Aisyah terhadap apa yang telah diucapkan. Aisyah pun berkata:

"Ya Rasulullah saw, Adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?"

Baginda saw menjawab:

يا عائشة الله يحب الرفق في الأمر كله

"Wahai Aisyah, Allah cinta kepada kelembutan pada semua perkara." (Hadis Bukhari dan Muslim)

FATWA DR YUSUF AL-QARDAWI

Berdasarkan hujjah dan dalil yang lepas , Prof Dr Yusuf Qardawi telah berkata:

"Oleh kerana itu , Tidak ada tegahan kepada induvidu atau Kesatuan Islam untuk memberi ucapan tahniah sempena perayaan orang-orang kafir , samaada dengan mulut atau dengan kad. Selagi mana tidak mengandungi ucapan-ucapan berbentuk keagamaan yang bertentang dengan dasar-dasar Islam seperti mengakui Nabi Isa disalib. Ini kerana agama Islam menafikan perkara ini. Firman Allah swt:

"Dan mereka tidak membunuh Nabi Isa dan tidak menyalibnya tetapi yang dibunuh dan disalib adalah orang serupa mukanya dengan Nabi Isa a.s." (156 : an-Nisa)

Ucapan-ucapan yang biasa sempena hari raya orang kafir dan tidak mengandungi lafaz yang mengakui atau meredai agama mereka adalah ucapan sopan santun sesama manusia.

Tidak dilarang untuk menerima hadiah daripada mereka dan membalas hadiah mereka. Nabi saw menerima hadiah dari orang kafir seperti Muqauqis pembesar qibti di mesir dan lain-lain.

KESIMPULAN

Terdapat ulama yang melarang ucapan seumpama ini seperti ulama arab saudi. Oleh itu kita perlu berlapang dada dan tidak fanatik dengan mana-mana pendapat. Kita perlu bersatu dari segi fikiran dan kerja untuk menghadapi orang-orang kafir yang memerangi umat Islam. Kadang-kadang saya hairan, kita saling memboikot sesama muslim tetapi selamba membeli barangan buatan kafir yang memerangi umat Islam. Fikirkanlah... ^^


Penggunaan alkohol pada arak dan minuman yang memabukkan

Alkohol etil adalah kandungan utama dalam semua jenis arak dan minuman yang memabukkan. ِِAdalah jelas diharamkan air yang mengandungi alkohol ini untuk diminum sama ada sedikit atau banyak. Nabi s.a.w bersabda:



"Benda yg memabukkan jika diambil dalam jumlah yg banyak maka yg sedikit walaupun tidak memabukkan adalah diharamkan."(Hr an-Nasaie dan Ibnu Majah)

pengharaman ini adalah menurut persepakatan ulama.

Penggunaan alkohol dalam minyak wangi

Alkohol adalah bersih zatnya menurut pendapat sebahgian ulama (Ahmad Syakir, Muhammad Rashid Redo, Muhammad Tohir bin Asyur dan lain2).

Oleh kerana yang demikian, dibolehkan mengeluarkan produk minyak wangi yg beralkohol dan memakainya. Ini kerana ia termasuk dalam perhiasan dan kesenangan dunia yg dibenarkan oleh Islam. Firman Allah s.w.t:

"Katakanlah wahai Muhammad; siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah dan rezki2 yg baik2 yang mana Allah keluarkan utk hamba2nya. Katakan wahai Muhammad; Semua itu adalah untuk orang2 beriman di dalam kehidupan dunia (dan juga untuk orang2 kafir). Kesenangan dan nikmat tersebut khusus untuk orang2 beriman pada hari kiamat." (32: al-3Araf)

  • Pendapat ini disokong oleh resolusi seiminar feqh perubatan yg ke8 yang diadakan oleh 'Pertubuhan Islam bagi ilmu perubatan' pada 22-24 mei 1995 di Kuwait.
Penggunaan alkohol dalam ubat-ubatan

Seperti yang diketahui umum bahawa kebanyakan ubat2 yg diminum mengandungi alkohol etil dgn kadar yg amat sedikit. Ia bertujuan untuk memelihara ketahanan ubat atau meleburkan sebahagian pati tumbuh2an atau bahan2 kimia yang tidak tidak lebur dgn air. Ubat2an ini hanya diambil dalam jumlah yg sedikit oleh pesakit dan mengikut preskripsi doktor yang tidak membawa kepada mabuk. Jika ada sesiapa yang hendak meminumnya dgn jumlah yang banyak untk mabuk maka dia akan mati keracunan sebelum sampai tahap mabuk.

Adapun penggunaan ubat2 seprti ini adalah dibenarkan kerana ia telah sebati (istihlak) dengan ubat2 sehingga tidak ada bau, warna dan rasa yg asal. Ia dipanggil Teori 'Istihlak' yang mana kebanyalan ulama mengatakan halal bagi perkara yang haram dan bernajis jika sudah sebati dengan lebih banyak bahan yang lain.

Jika kandungan alkohol ini tidak tidak termasuk dlm teori 'Istihlak' dgn erti kata lain masih ada bau, rasa atau warna yang asal maka pendapat Imam Abu Hanifah dan Abi Yusuf mengatakan halal minuman yang mengandungi bahan yg memabukkan diperbuat selain dari anggur dan kurma dgn tujuan utk menguatkan tubuh badan dan pengubatan serta tidak memabukkan. Alkohol etil diperbuat daripada bahan kimian, gula atau gas semulajadi.

Disebut dalam resolusi seminar feqh perubatan ke 8 yg dianjurkan Pertubuhan Islam bg Ilmu Perubatan yg diadakan di Kuwait adalah seperti berikut (sebahagiannya):

"Sesungguhnya tidak ditegah oleh syara3 untuk mengambil ubat2an sekarang yang mengandungi alkohol dgn kadar yg amat sedikit dengan bertujuan untk memelihara atau meleburkan sebahagian bahan2 yang tidak lebur dalam dgn 2 syarat:

1. Tidak digunakan alkohol sebagai ubat penenang.

2. Tidak ada alternatif ubat yang lain."

Penggunaan alkohol dalam makanan.

Bahan2 makanan yang mengandungi alkohol terbahagi kepada beberapa bahagian:

Bahagian pertama:

Jus buah2an, susu dadih, doh yg ditapaikan dan seumpa dengannya yang mengandungi alkohol dengan kadar yang amat sedikit iaitu tidak lebih dari 0.5 peratus melainkan jus anggur yang mana kadar alkoholnya boleh sampai kepada 1 peratus. Bahan2 makanan ini tidak termasuk dalam senarai bahan2 yang memabukkan.

Makanan jenis ini adaah halal kerana alkohol yg terdapat padanya sudah sebati dimana sudah tidak ada bau, warna dan rasa alkohol. Ia dikiaskan dengan tuak sebelum ia matang dan memabukkan. Sekalipun terdapat nisbah yg sedikit daripada bahan yg memabukkan tetapi ia adalah bersih menurut persepakatan ulama.

Bahagian kedua:

Bahan2 makanan yg mengandungi alkohol dgn kadar yg amat sedikit. Ia bertujuan untuk meleburkan sebahagian bahan yg tidak lebur dgn air seperti pewarna, pengawet, perasa dan lain2. Contohnya ialah minuman coca cola dan pepsi cola yg mengandungi bahan pewangi yg tidak lebur melainkan setelah dicampur dengan alkohol. Kandungan alkohol dalam minuman ini tidak sampai 0.3 peratus.

Minuman dan makanan jenis ini adalah halal untuk dimakan dan diminum kerana sebab yang sama dgn jenis yang pertama iaitu sudah sebati (istihlak) dengan minuman sehingga tidak ada lagi bau, warna dan rasa.

Disebut dalam resolusi seminar feqh perubatan yg ke8 di bawah pertubuhan Islam bagi ilmu2 perubatan di Kuwait pada Mei 1995 seperti berikut:

"Sesungguhnya makanan dan minuman yang terdapat alkohol dgn jumlah yang amat sedikit dalam pembuatannya dengan tujuan untuk meleburkan bahan2 yang tidak lebur melainkan dengan alkohol seperti pewarna, pengawet dan yang lain2 adalah harus dimakan dan diminum kerana dua sebab 1. Sudah berleluasa penggunaaan alkohol dalam bahan tersebut. 2. Penyejatan alkohol yg dicampur dgn bahan lain ketika proses pembuatan makanan dibuat."

Bahagian ketiga:

Makanan dan minuman yang dicampur dengan minuman alkohol yang memabukkan sperti brandy supaya mendapatkan rasa yang unik, berbeza dan digemari oleh sebahagian manusia. Diantara contohnya ialah aiskrim, manisan dan coklat yang mengandungi bahan yang memabukkan.

Makanan dan minuman jenis ini adalah diharamkan kesemuanya kerana mengandungi arak. Ini kerana ulama bersepakat mengatakan haramnya makanan dan minuman yang dicampur dengan arak apabila tidak sebati (istihlak). Ia terdapat kesan2nya seperti rasa, warna atau bau. Ini telah disebut dalam resolusi feqh perubatan yang ke8 oleh pertubuhan Islam bagi ilmu2 perubatan di Kuwait pada Mei 1995.

:::.Kahwin Kerana Apa??


KAWIN KERANA APA?

Nabi saw bersabda:

"1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya , Allah hanya menambah kehinaan padanya.

2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.

3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah hanya menambah kerendahan padanya.

4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihar farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."

Hadis riwayat at-Thabrani

Oleh itu kita kena lihat booster pendorong kepada perkahwinan kita. Ini sangat penting terutama lelaki yang akan mengetuai keluarga. Ini bagi memastikan perkahwinan kita diterima disisi Allah swt.

JADILAH LELAKI YANG TERBAIK

Lelaki perlu lebih bersdia untuk bahtera perkahwinan lebih dari wanita. Lelaki perlu melayan sebaiknya kepada isteri seprti Rasulullah saw melayan para isterinya. Nabi saw bersabda:

" Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik adalah orang paling baik kepada isterinya, akulah orang yang paling baik kepada isterinya."

Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim

JANGAN JADI DAYUS

Jangan pula salah anggap bahawa lelaki yang baik ini lelaki yang mengikut semua kemahuan isteri sehingga membuat perkara yang dilarang. Begitu juga sanggup mempertahankan rumah tangga walaupun pasangan tersebut menyebabkan runtuhnya iman dan akhlaknya. Nabi saw bersabda:

" 3 golongan yang tidak masuk syurga 1. Penderhaka ibu bapa 2. lelaki yang dayus 3. wanita yang menyerupai lelaki."

Hadis yang baik sanadnya seprti dinyatakan oleh pengarang kitab " safwatul ahkam."

Lelaki perlu mengajar perkara yang wajib kepada isterinya seperti ilmu akidah, solat, zakat, puasa, pernikahan, muamalat (jual beli Islam), pembersihan hati dan lain-lain. Kalau dia tidak mampu si lelaki wajib mengajak isterinya pergi kelas pengajian seumpama ini. Bagi pendapat saya kelas muamalat jarang ada di malaysia kerana kuliah malam kebiasaannya adalah tajuk umum. Lebih kepada kelebihan dan dakwah. Ilmu yang lebih mendalam terutamanya muamalat adalah jarang diajar.

PASANGAN MUSUH

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوّاً لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Hai orang-orang mu'min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah al-Munafiqun ayat 14

Menurut sebab penurunan ayat ini di dalam hadis2 yang sahih adalah kerana lelaki2 yang berada di mekah hendak belajar ilmu Islam dari Rasulullah di madinah. Namun pasangan mereka yang merayu dan menghalang untuk belajar ilmu Islam. Kemudian turun ayat ini. Sepatutnya perkahwinan menyebabkan bertambah rajin untuk menuntut ilmu, beramal ibadah dan berkerja untuk Islam tetapi yang terjadi sebaliknya berlaku. Pasangan yang berkahwin hendaklah pastikan ke3 perkara tadi bertambah selepas perkahwinan iaitu ilmu , amal dan kerja Islam. Inilah keredaan tuhan dalam perkahwinan. Hanya Salah satu dr tadi bertambah juga tidak memadai kerana 3 perkara ini adalah saling melengkapi. Setakat seronok , happy, bg makan, hubungan kelamin , rumah , perlindungan diri mdan lain2 binatang pun boleh bagi hehe. Oleh itu pilihla pasangan elok2 samada lelaki atau perempuan.

NABI YANG SPORTING KEPADA ISTERINYA

Kalau perkara yang tidak dilarang sisuami hendaklah cuba melayan dan memenuhi kehendak isterinya seperti mana baginda bersama isterinya. Ini beberapa peristiwa Nabi melayan isterinya:

1. Nabi berlumba lari dengan aisyah (hadis BUkhari)

2. Nabi memanggil penyanyi pada hari raya untuk aisyah mendengarnya (hadis sahih)

3. Nabi bagi peluang kepada aisyah untuk melihat permainan tombak oleh org2 habsyah. Masa tu aisyah berada dibelakang nabi dan pipinya rapat dengan pipi Nabi. (hadis sahih Bukhari)

4. Aisyah dan Saodah melawak dengan depan Nabi. Mereka saling ambil makanan dan letak di muka madunya.

MUNAJAT

YA ALLAH DIRI INI TIDAK LAYAK MENDAPAT JODOH LANTARAN DOSA,

TIDAK LAYAK UNTUK MENDAPAT JODOH YANG BAIK LANTARAN DOSA2,

TIDAK LAYAK MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK LANTARAN DOSA2,

TIDAK LAYAK MASUK SYURGA MU LANTARAN DOSA2,

TETAPI DENGAN RAHMAT MU KAMI BERHARAP AGAR ENGKAU BERIKAN KAMI JODOH YANG BAIK , YANG MENGHIBUR KAMI , YANG TAAT PADA KAMI, YANG MENEGUR KESALAHAN KAMI DENGAN BAIK, MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK DAN MASUK KE DALAM SYURGA MU DENGAN PASANGAN KAMI DI DUNIA.

YA ALLAH TERIMALAH KAMI ..

TERIMALA DIRI INI

TERIMALAH DIRI INI.....^^

::::.Jenis2 Darah Istihadah


Istihadah: Darah yg keluar dr wanita di luar waktu haid dan nifas kerana sebab sakit.

Jenis2 istihadah:- 1. Darah yang keluar kurang dari masa haid yg minumum iaitu kurang dari sehari semalam.
2. Darah yg keluar lebih dari had paling banyak masa haid iaitu lebih 15 hari.
3. Keluar haid sebelum berumur sembilan tahun (mengikut perkiraan tahun Islam).
4. Darah yg keluar lebih dari had maksima bg nifas iaitu lebih dari 60 hari.
5. Darah yg keluar dari had kebiasaan (6 atau 7 hari) bg wanita yg keluar darah warna yg sama dan lebih dari 15 hari.


Keadaan org2 yg berhaid


Sekiranya darah haid melampaui 15 hari maka ada yg dikira sebagai haid dan ada yg dikira istihadah. Dalam keadaan begini ada 4 keadaan seperti berikut:

1. Mubtadiah gairu mumaiyyizah.
Wanita yg baru pertama kali keluar haid, haidnya lebih 15 hari dan tidak boleh membezakan warna darah kerana warna yg sama. Disini ada dua pendapat:

pertama: Haidnya adalah sehari semalam. Ini adalah pendapat mazhab Syafie dlm qaul yg asoh dan salah satu pendapat Imam Ahmad bin Hambal.


Kedua: Haidnya enam atau tujuh hari sahaja. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama termasuk beberapa ulama Syafie sprti Syirazi. Mereka berdalilkan: Nabi s.a.w bersabda Hamnah bintu Jahsy :

"Haid kamu adalah 6 atau 7 hari menurut ilmu Allah..."(Hr Muslim)


2.Mubtadiah Mumaiyizah.

Perempuan yg baru pertama kali berhaid dan dapat membezakan warna dan keadaan darahnya.
Maka hukum darah yg lemah (kuning, kelabu) adalah adalah istihadah dan yg kuat (hitam, merah) adalah haid dgn syarat :

a) Darah yg kuat tidak kurang dari sehari semalam. b) Darah yg kuat tidak melebihi 15 hari. c) Darah yg lemah tidah kurang dari 15 hari.


Dalil yg mengatakan darah haid adalah warna yg kuat adalah hadis Nabi s.a.w berkata wanita yg beristihadah:

"Sesungguhnya darah haid adalah yg berwarna hitam. Kalau ketika itu maka hendaklah janganlah melakukan solat. Kalau warna darah tidah kuat maka hendaklah kamu solat kerana itu adalah darah penyakit." (Hr Abu Daud dan Nasaie)

3. Mu'tadah gair Mumaiyyizah
Wanita beristihadah yg biasa keluar darah haid (walaupun sekali) dan tidak dapat membezakan warna darahnya. Bagi yg ada kebiasaan keluar darah haid maka hendaklah dia tidak solat walaupun sudah melebihi adatnya. Dia tidak solat sehinggalah darah berhenti sebelum hari yg ke 16. Jika sudah 15 hari dan darah masih keluar lagi maka hendaklah dia mandi dan solat.


Pada bulan kedua jika masih berterusan darahnya maka haidnya sekadar mana kebiasaannya (bukan sampai 15 hari) dan selebihnya dia perlu solat.

4. Mu'tadah Mumaiyyizah.

Wanita yg ada kebiasaan keluar darah haid (walaupun sekali) dan dapat membezakan darah haidnya. Maka haidnya adalah yg kuat warnanya dan yang lain adalah istihadan. Adat kebiasaan tidak dipakai setelah dapat membezakan darah haid.


Adapun hukum ibadat utk wanita istihadah akan ditulis pd akan datang.



::::.Hukum Melewatkan Solat Isyak

HADIS-HADIS YANG BERKENAAN

1. Abdullah bin Umar ra berkata:

مكثنا ذات ليلة ننتظر رسول الله صلى الله عليه وسلم لصلاة العشاء الآخرة فخرج إلينا حين ذهب ثلث الليل أو بعده فلا ندري أشيء شغله في أهله أو غير ذلك فقال حين خرج

إنكم لتنتظرون صلاة ما ينتظرما أهل دين غيركم ولو لا أن يثقل على أمتي لصليت بهم هذه الساعة.

ثم أمر المؤذن فأقام الصلاة وصلى

“ Suatu malam kami duduk menanti Rasulullah saw untuk menunaikan solat Isya. Lalu Nabi saw keluar dari rumahnya semasa sudah berlalu sepertiga malam yang awal atau selepas itu. Kami tidak mengetahui Nabi saw lambat disebabkan urusannya dengan isteri atau yang lain. Baginda saw bersabda semasa keluar:

“Sesungguhnya kamu semua telah menantikan solat yang tidak dinantikan oleh mana-mana penganut-penganut agama selain kamu . Kalaulah tidak memberati terhadap umatku nescaya aku akan solat pada masa ini.”

Kemudian baginda saw menyuruh supaya tukang azan untuk iqamah dan beliau pun solat.

Hadis sahih Bukhari (570) dan Muslim (639)

2. Jabir bin Abdullah ra berkata:

والعشاء أحيانا يؤخرها وأحيانا يعجل كان إذا رأهم قد اجتمعوا عجل وإذا رأوهم قد أبطأوا أخر

“ Rasulullah saw kadang-kadang melewatkan solat Isya dan kadang-kadang menyegerakannya. Apabila melihat para sahabat sudah berhimpun maka baginda akan mneyegerakan. Apabila baginda melihat mereka lambat datang maka Nabi saw melewatkannya.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (565) dan Muslim (646)

3. Zaid bin Khalid mendengar Rasulullah saw bersabda:

لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة ولأخرت صلاة العشاء إلى ثلث الليل

“ Kalaulah tidak menyusahkan ummatku nescaya aku akan wajibkan mereka untuk bersiwak setiap kali solat dan melewatkan isya ke sepertiga malam yang pertama.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

PANDANGAN ULAMA

Para Ulama telah berselisih pendapat terhadap perkara ini seperti berikut:

Pendapat pertama:

Disunatkan melewatkan solat isya sehingga sepertiga malam yang awal. Ini adalah pendapat Mazhab Hambali, Hanafi , sebahagian ulama mazhab Maliki dan pendapat lemah dalam mazhab Syafie.

Ulama mazhab Hambali mensyaratkan keredaan para makmum sekaliannya atau sebahgiannya. Imam Ibnu Quddamah berkata:

“Adapun sekiranya melewatkan solat isya itu memayahkan sekalian makmum atau sebahgiannya maka tidak disunatkan lewatkan isya bahkan ianya adalah makruh.”


Pendapat kedua:

Disunatkan menyegerakan solat isya seperti solat-solat yang lain. Ini adalah mazhab Maliki mengikut pendapat yang masyhur dan mazhab Syafie mengikut pendapat yang kuat mereka.

Pendapat ini menyatakan bahawa kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi saw adalah di awal waktu. Hadis-hadis yang menunjukkan perlu dilewatkan adalah perkara yang bukannya selalu Nabi saw buat. Pendapat ini menggunakan dalil secara umum berkenaan dengan kelebihan solat awal waktu.

PENDAPAT TERPILIH

Imam Nawawi berpendapat dalil-dalil pendapat pertama lebih kuat. Beliau berkata dalam kitabnya majmuk:

“ az-Zubairi memilih pendapat yang menyatakan lebih baik melewatkan isya dalam kitabnya (al-Kafi). Pendapat ini adalah pendpaat yang lebih kuat dari segi dalil.”

Disunatkan cepat atau lambat solat isya bergantung kepada perkara-perkara berikut:

1. Ia bergantung kepada berkumpulnya para jemaah. Sekiranya mereka cepat berkumpul maka sunat dicepatkan. Jika para jemaah lambat sampai maka sunat dilewatkan . Realitinya pada masa sekarang adalah jemaah dibuat awal waktu jadi bagi orang lelaki sunat untuk solat Isya di awal waktu berjemaah di masjid.
2. Ia bergantung kepada keredaan para jemaah. Sekiranya sebahgiannya tidak reda maka disunat disegerakan solat Isya.
3. Bagi orang yang solat bersendirian disunat melewatkan solat ke sepertiga malam yang awal sekiranya dia tidak tertewas dengan sikap malas atau tertidur hingga menyebabkan dia solat terlewat sangat.

Waktu yang sunat:

Perlu difahami para pembaca sekalian, waktu yang sunat dilakukan isya adalah setelah sepertiga malam yang awal. Iaitu dengan kita bahagikan malam tiga bahagian. Bila habis waktu sepertiga malam yang pertama dan masuk waktu sepertiga malam yang kedua itulah waktu yang sunat. Kalau untuk di mesir untuk tarikh hari ini 12/5/2010 adalah lebih kurang pukul 10.30 malam.

Iman Nawawi berkata dalam syarh sahih Muslim:

" Melewatkan isya yang disebut dalam hadis tidak lebih dari tengah malam."

"Tidak seorang Ulama pun yang menyatakan afdal melewatkan isya sehingga melebihi pertengahan malam."

Oleh itu tidur lepas magrib sehingga lepas tengah malam baru bangun untuk solat isya adalah tidak afdal menurut semua ulama dan ditambah lagi makruh tidur lepas magrib seperti disebut dalam hadis lain.

:::.Tidakku Pinta Mahar Yang Tinggi

Martabat Wanita Di Sisi Agama

Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

Suami Akan Lakukan Yang Terbaik

Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.

Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.

Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.

"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun hancur isinya, masak nasi goreng pun jadi wajik, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla...."

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.

Pesan Rasulullah s.a.w.

Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut,

"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."

"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."

"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."

"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain.

Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.

Saya masih ada seorang kakak yang belum berkahwin dan insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Sempat saya berpesan kepada mak sebelum kakak bertunang.

"Kakak nanti, mak jangan letak mahal-mahal. Ikut pihak lelaki tu nak bagi berapa. Kita bukan nak jual anak. Kalau mahal-mahal pun menyusahkan pihak lelaki je nanti, lagi masalah."

Pelbagai alasan dan sebab serta hikmah tentang perkahwinan sempat diceritakan kepada mak saya.

Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya telah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya.

Semoga hubungan kakak saya dengan bakal suaminya berkekalan selamanya dan mendapat reda dari Allah. Amin.


~Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya…..
Sabda Rasulullah SAW
خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس


Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharny

” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )


Apa pula kaitan tanggungjawap seorang lelaki dengan nilai duit hantaran tu? Ikut syariatkah jika nilai wang hantaran tu diletakkan tinggi-tinggi? Lagipun wang hantaran tu nak buat apa sebenarnya? Adakah alasannya kerana sekarang harga barang-barang mahal,maka nilai wang hantaran pun jadi tinggi?

Rasanya tak logik langsung ada kaitan antara nilai wang hantaran dengan tanggungjawap seorang suami dan menghargai sebuah perkahwinan. Sebenarnya nilai wang hantaran tinggi tu lebih menyukarkan perkahwinan untuk dilangsungkan saja. Semakin tinggi nilainya semakin sukar untuk seorang lelaki berkahwin. Tambahan jika ibu bapa letakkan nilai wnag hantaran ikut kelulusan anak. Macam ikut kelayakan jawatan pula, SPM dikelaskan dalam N17 atau N19, gajinya sekian-sekian, Diploma DGA 29 atau DGA32,gajinya lingkungan ini,ijazah pula DG 41 atau U48 gajinya banyak ni, MA (master) gaji lagi tinggi dan PhD pula gajinya begini...

Agaknya kebanyakkan (bukan semua) ibu bapa sekarang ikut standard nilah dalam meletakkan nilai hantaran anak perempuannya...

Kalau ikut kelulusan, kebanyakan perempuan memang suka belajar, selagi tak kahwin,maka tentulah kelulusan akademik maikn tinggi. Tapi arwah mak kawan saya pernah berkata, tinggi mana pun belajar, tetap kena pergi dapur juga,tetap kena taat pada suami, tetap kena cuci baju suami...

Tapi, nak kahwin camana, tak ada orang nak pinang ...sebabnya orang lelaki takut, mana tahu nilai hantaran tinggi, padahal bukan semuanya perempuan macamtu. Walaupun rendah nilainya, tetap seorang lelaki itu hargai isterinya, sebab kebahagiaan rumah tangga bukan bergantung kepada wang ringgit dan kekayaan
.

p/s :Berkahwinlah mengikut kemampuan masing-masing & berkahwinlah dengan niat yang betul dan ikhlas. Fahami tujuan perkahwinan sebelum berkahwin.InsyaAllah, akan ada kegembiraan, keberkatan, dan rahmat dari Allah ^^

::::.Pembahagian CINTA


Menurut al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah di dalam kitabnya al-Jawab al-Kafi Liman Sa'ala 'An al-Dawa al-Shaafi, bahawa cinta itu dapat dibahagikan kepada 4 bahagian. Orang yang tidak dapat membezakan keempat-empat cinta berkenaan, maka boleh mengakibatkan kesesatan.

  • Mencintai Allah ‘Azza wa Jalla, yakni cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla, Rabb sekalian alam, yang telah menciptakan dan menguruskan segala makhluknya. Tuhan yang disembah dan tiada ada tuhan selain daripada-Nya. Mencintai Allah ‘Azza wa Jalla sahaja tidak cukup untuk menyelamatkan seseorang itu daripada seksa dan azab atau pun untuk mendapatkan pahala daripada-Nya, ini kerana orang-orang musyrik, penyembah berhala, Yahudi, Nasrani dan lain-lainnya juga mencintai Allah ‘Azza wa Jalla.
  • Mencintai apa yang dicintai Allah ‘Azza wa Jalla. Inilah cinta yang memasukkan seseorang itu kepada daerah iman dan Islam, iaitu dengan mencintai apa yang dicintai oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Apabila cinta ini bersemayam di dalam hati seseorang maka ianya akan menggerakkan seseorang itu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dan menjauhi segala yang dilarang-Nya, kerana perkara yang dilarang itu dibenci oleh Allah ‘Azza wa Jalla.
  • Mencintai kerana Allah ‘Azza wa Jalla. Mencintai sesuatu bukan kerana Allah ‘Azza wa Jalla adalah satu kesyirikkan yang nyata. Tiada satu perkara pun yang berhak dicintai, melainkan mestilah diniatkan kerana Allah ‘Azza wa Jalla. Meskipun begitu, cinta kerana Allah ‘Azza wa Jalla ini hanya terhad kepada perkara yang diredhai-Nya sahaja, dan mestilah berlandaskan syariat Islam.
  • Mencintai sesuatu bersama Allah ‘Azza wa Jalla. Cinta ini adalah cinta yang membinasakan dan merosakkan kerana ianya adalah satu kesyirikan, lantaran mencintai sesuatu sebanding dengan cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Akibatnya seseorang itu akan mentaati selain Allah ‘Azza wa Jalla, sebagaimana ia mentaati Allah ‘Azza wa Jalla. Dan lebih teruk lagi, apabila cinta kepada selain Allah ‘Azza wa Jalla itu lebih tinggi daripada cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Na’uzubilla..

:::.Bulan Muharam


MAJORITI umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain.

Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.

Pensyarah Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor, Mohammad Nidzam Abd. Kadir menjelaskan, tidak salah dan tidak ada apa-apa dosa untuk menyediakan bubur Asyura.

Ia adalah satu aktiviti masyarakat yang harmoni.

Masyarakat akan mengutip derma beberapa ringgit setiap rumah untuk keperluan membeli barang yang diperlukan untuk memasak. Petangnya mereka akan memasak beramai-ramai sambil berbual, bergurau-senda dan bertanya khabar.

“Sudah tentu aktiviti ini satu kerja kemasyarakatan yang baik. Malamnya pula mereka berkumpul untuk mendengar ceramah agama berkaitan Asyura. Habis ceramah dan solat Isyak berjemaah, para hadirin bersama-sama menjamu selera bubur Asyura.

“Hakikatnya, bubur Asyura bukanlah satu amalan ibadah yang wajib. Ia hanya sekadar adat tradisi yang nampaknya tidak mempunyai apa-apa tegahan dalam agama. Cuma ada juga yang terlalu memperbesarkan bubur Asyura hingga seolah-olah ia satu perkara wajib pula,” kata Mohammad Nidzam.

Namun katanya lagi, ada sedikit kealpaan apabila kita melupakan suatu sunah yang baik untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya:

Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Abu Daud).

Kenapa hari Asyura kurang kelebihannya berbanding hari Arafah? Jelas Mohammad Nidzam, hikmahnya mungkin berbalik kepada asal ibadat. Ini kerana hari Arafah berkait langsung dengan ibadat haji di mana wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama. Oleh itu puasa pada hari Arafah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.. Puasa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s.

“Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

“Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh,” katanya menerangkan tentang peristiwa di sebalik hari Asyura.

Tambah beliau, puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Selain itu, ujar Mohammad Nidzam, elok juga jika dapat berpuasa pada hari sembilan Muharam atau disebut hari Tasua'.

Sabda Nabi s.a.w., Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).

“Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.

“Oleh itu, amatlah wajar jika program masyarakat sekitar bubur Asyura disekalikan dengan program puasa sunat. Mungkin elok jika dapat sama-sama berbuka dengan bubur Asyura,” kata Mohammad Nidzam mengakhiri perbualan.

Bandingkan Diri Kita Dengan Budak Ini

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.”

Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”

Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ran- ting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.

;;